Kemasyarakatan

Majlis sambutan perayaan, ramah mesra dan hari keluarga.

Lagi..

Kebajikan

Bantuan kemanusiaan seperti fakir miskin, musibah dan bencana.

Lagi..

Program Sukan

Penganjuran kejohanan sukan antara ahli Perakan.

Lagi..

Program Kewanitaan

Membantu wanita untuk menjadi lebih dinamik di perantauan.

Lagi..

Transformasi Perakan Malaysia

Setelah PERAKAN dilancarkan, persatuan telah berjaya bergerak dengan lebih tersusun di mana Presiden PERAKAN telah dibantu dengan Ahli Jawatankuasa iaitu Tuan Hj.Mohd Nazri Mohd Noor selaku Timbalan Preside, En Alex Ong dan Puan Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan masing-masing sebagai Naib Presiden di samping En. Wan Mohd Johari Wan Omar selaku setiausaha dan Tuan Hj. Mat Arifin Ismail sebagai bendahari dan lain-lain ahli jawaankuasa.

Di Peringkat permulaan PERAKAN bergerak melalui entiti perniagaan iaitu Perakan Network Sdn.Bhd. manakala Perakan.net sebagai website rasmi.

Antara program besar yang dianjurkan PERAKAN secara lansung ialah Majlis Mesra Eidulfitri yang dilaksanakan pada 2 Syawal setiap tahun.

Dalam pada itu PERAKAN telah mengambil langkah ke hadapan dengan menambahbaik Draf Undang-undang Tubuh Persatuan sehinggalah pada bulan Disember 2006, PERAKAN telah diluluskan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan nama baru iaitu Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN MALAYSIA) dengan menggunakan website rasmi perakan.org.my.

Info Terperinci PERAKAN