Ziarah Cakna Sebuah Keluarga di Ampang

AMPANG, 03 Oktober 2021 – Presiden PERAKAN Malaysia, Ir Hamdzah bin Abd Rahman diiringi Naib Presiden 2, Ustazah Zarliza binti Ramli, Penolong Setiausaha Agung, En Ahmad Rifaei bin Mohamad Sidek dan Pegawai Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan, En Ahmad Fauwaz bin Mohamed serta beberapa orang AJK Induk yang lain telah menziarahi sebuah keluarga yang terkesan oleh Covid 19 di Ampang.
Ibu mereka, Tuan Hafizan binti Tuan Hasan, 43 tahun meninggal dunia disebabkan pandemik Covid 19 telah mengakibatkan mereka 10 beradik hilang tempat bergantung.
Anak sulong iaitu Cik Nur Haziqah binti Zainuddin berusia 23 tahun manakala yang bongsu berusia satu setengah tahun tinggal menyewa di sebuah Flat di Ampang Jaya.
Prihatin dengan nasib yang menimpa mereka, Kerajaan Negeri Kelantan melalui perantaraan PERAKAN Malaysia tampil menghulurkan sedikit sumbangan dan bantuan dengan membawa barang dapur, makanan dan wang tunai.
PERAKAN Malaysia berharap keluarga tersebut tabah dengan musibah yang dihadapi.