Logo Perakan

Tiga Garisan Menegak

Mewakili tiga budaya masyarakat Kelantan yang berdiri dan membangun di bawah satu bumbung.

Bumbung

Diilhamkan dari rumah tradisi Melayu kelantan. Ia memberi gambaran jelas bahawa persatuan ini memiliki dan diangotai oleh anak-anak Kelantan.

Garisan Berombak

Mengambarkan rencah kehidupan dan cabaran globalisasi yang berlaku di sekeliling anak-anak Kelantan. Walaupun demikian anak-anak Kelantan mampu berdiri tegak di bawah satu bumbung yang mempunyai pemimpin dengan matlamat dan hala tuju yang jelas.

Warna Hijau Gelap

Dipilih bagi mengambarkan sesuatu yang segar dan semulajadi, sesuai dengan tujuan penubuhan PERAKAN.

Peta Negeri Kelantan (Warna Merah)

Mengambarkan sokongan ahli-ahli bagi melindungi dan mempertahankan PERAKAN dan KERAJAAN NEGERI KELANTAN DARUL NAIM.