PERASMIAN CAWANGAN PERAKAN BUKIT LANCHONG


SHAH ALAM – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Dato’ Mohd Nassuruddin Daud mengambil peluang hadir untuk beramah mesra Bersama PERAKAN di Cawangan Bukit Lanchong sekali gus merasmikan Cawangan PERAKAN yang ke-47 di tempat yang sama.
Beliau berkata, selaku duta-duta kerajaan, PERAKAN memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan maklumat yang benar.


“Syabas dan tahniah kepada Warga Kelantan di Bukit Lanchong, walau dimana sahaja rakyat Kelantan berada, diharap akan memberi impak positif disamping boleh memberi manfaat kepada Kawasan sekitar,” Katanya.
Turut hadir bersama Pengarah Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri (UPKN) YB Ahmad Fathan Mahmood dan diiringi oleh Presiden PERAKAN Malaysia Ir Hamzah Abd Rahman.

Seramai 50 orang ahli cawangan yang hadir dan turut diadakan simbolik penyerahan kad keahlian PERAKAN yang baru daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Dato’ Mohd Nassuruddin Daud kepada Pengerusi Cawangan Perakan Baru Haji Mahadi.